SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Wednesday 13 May 2015

Muhasabah Diri

Usrati...


 Apa yg berlaku dlm hidup ni buat aku lebih muhasabah diri..lebih menghargai nikmat dari Allah walaupun ianya kecil...masa rehat dari kesibukan bekerja adalah untuk lebih dekat dengan Pencipta..hayati setiap denyutan nadi hembusan nafas bahawa Dialah pengatur hidup yg terbaik seorang insan bernama hamba...alhandulillah atas semua nikmat drMu ya Allah dan atas semua ujian..tiada yg Kau zalimi tp akulah yg selalu menzalimi diri sendiri..bantu aku Ya Allah utk lebih dan terus mencintaiMu amen ya Rabbal alamen..


Monday 26 August 2013

Eidulfitri 1434





Eidulfitri 1434....bersama bonda tercinta....Seronok sangat tahun ni paling lama beraya di perak....sehingga 6 syawal....hehehe..best..

Friday 15 February 2013

DOA UNTUK IBU


Aku tak tahu apa yang harus kuLakukan tanpa dirimu
Dia yang seLaLu mengerti aku
Dia yang tak pernah Letih menasihatiku
Dia yang seLaLu menemaniku

DiaLah Ibu
Orang yang seLaLu menjagaku
Tanpa dia aku merasa hampa hidup di dunia ini
Tanpa.nya aku bukanlah apa-apa

Aku hanya seorang manusia Lemah
Yang menginginkan kekuatan
Kekuatan cinta kasih dari ibu
Kekuatan yang Lebih dari apapun

Engkau sangat bererti bagiku
WaLaupun engkau seLaLu memarahiku
Aku tahu.......
Itu bentuk perhatian dari mu
Itu menandakan kau peduLi denganku

Ya Allah.......
BerikanLah kesihatan pada ibuku
PanjangkanLah umur.nya
Aku ingin membahagiakan.nya
SebeLum aku atau dia tiada

Terimakasih Ibu
Atas apa yang teLah kau berikan padaku
Aku akan seLaLu menyanyangimu
Hingga akhir hayat ku...

Friday 21 December 2012

Penyakit Hasad Dengki..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ingat nak tulis sesuatu kat sini..tapi ummu kena bagi laluan dulu pada si kecil ummu....kita sambung n jumpa lagi nanti yer.....



22 Disember 2012

Ermm kita sambung semula untuk pengisian rohani kita hari ini...semoga apa yang tertulis disini menjadi pendorong kepada kita In Shaa Allah... Semoga Allah jauhkan Diri kita semua daripada sifat yang menyakit kan ini....iaitu sifat Hasad Dengki..


1.     Sifat ini akan menyebabkan rosaknya ketaatan dan menghilangkan pahala yang telah kita perolehi…Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda : “Jauhilah olehmu sekelian daripada sifat pendengki..sesungguhnya dengan itu akan menghapuskan beberapa kebaikanmu seperti api memakan kayu...
2.    Sifat ini mendorong seseorang melakukan kejahatan dan kejahatan itu merupakan dosa..
3.    Orang yang berhasad dengki akan sentiasa menceritakan keburukan orang lain.Dia akan sentiasa menambah cerita bagi memburukkan dan mengaibkan orang lain..
4.    Selain itu orang yang berhasad dengki juga akan mengumpat sesuka hatinya..
5.    Mengumpat adalah bencana lidah yang sangat dilarang oleh agama..Allah menyifatkan orang yang mengumpat ini adalah orang yang memakan daging saudaranya sendiri.. Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati.Jika demikian, balasan orang yang mengumpat maka sudah pasti kamu jijik kepadanya..”
6.    Hasad dengki menjadikan manusia lemah dan bingung kerana sifat ini tidak memberikan sebarang manfaat bahkan menimbulkan dosa dan maksiat…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...