SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Wednesday 2 November 2011

Juara Disisi Allah



JUARA dalam perlumbaan menuju Allah ialah mereka yang paling bersungguh-sungguh menuntut keampunan daripada Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang. Orang yang menuntut keampunan Allah ini akan melakukan tiga perkara..PERTAMA menyesal diatas dosa dan kesilapan yang lalu...KEDUA melakukan kebaikan dan tidak mengulangi kesilapan dan kejahatan yang datang dari lubuk hati, di dalam melakukan kebaikan, segala perkara yang sunat dan terpuji dilakukan...KETIGA tidak mengulangi kejahatan dengan menutup segala lubang-lubang dan punca yang boleh dimasuki oleh nafsu dan syaitan.....

Sebenarnya di zaman ini hampir-hampir tidak ada manusia yang menjadi juara di dalam perlumbaan menuju Allah.Tetapi banyak manusia yang mendapat kemenangan dan menjadi juara keduniaan. Ramai orang berlumba-lumba mendapatkan kekayaan. Ramai orang berlumba-lumba mendapatkan pangkat dan jawatan. Ramai orang berlumba lumba mendapatkan kemasyuran. Ramai orang berlumba-lumba mendapatkan pengikut. Ramai berlumba-lumba mendapatkan pujian dan sanjungan.Ramai orang juga yang berlumba-lumba mendapatkan wanita yang cantik dan sebagainya.Inilah hakikat yang dapat kita lihat sekarang ini...ramai yang berlumba-lumba untuk tujuan keduniaan tetapi sedikit sekali yang berlumba-lumba untuk merebut keampunan Tuhan.
Dehyah Al Kalbi bertanya kepada Rasulullah : "Hai Rasulullah adakah tuhanmu itu sanggup mengampunkan segala dosa-dosaku ini?" Rasulullah s.a.w bertanya kepada Dehyah, "Adakah dosa-dosamu itu sebanyak buih dilautan?" Jawab Dehyah, "Tidak sebanyak itu." Sabda Rasulllah s.a.w "jikalau dosamu sebanyak buih dilautan sekalipun, Tuhanku sanggup mengampunkannya."

Tidak ada hamba yang tidak bersalah. Tidak ada manusia yang tidak berdosa. Oleh itu rajin- rajinlah meminta keampunan kepada Allah dan memperbaiki diri dengan amalan-amalan soleh, serta jangan mengulangi kejahatan yang telah dilakukan. Salah dengan Allah mudah urusannya..berbanding salah dengan manusia.Dua tempat yang perlu kita minta ampun sekiranya kita bersalah terhadap manusia, PERTAMA meminta ampun dengan Allah. KEDUA minta maaf kepada manusia yang telah kita lakukan kesalahan...inilah sikap orang yang bertaubat...

Sayyidina Abu bakar pernah menjolok kerongkongnya, kerana makanan yang dimakannya itu mengandungi syubhat. Iaitu beliau tidak tahu dari mana datangnya makanan tersebut sama ada halal iaitu diusahakan dengan cara yang betul atau haram iaitu di curi. Orang yang hendak menuju kepada Allah mestilah sanggup menghadapi risiko besar didalam perlumbaannya menuju keampunan Allah. Memang hati menderita dan malu tetapi jikalau mahu keampunan dari tuhan inilah jalannya.....

Madah untuk wanita solehah..


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Dimana Cantiknya seorang wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. 

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. 


·         Anda ingin lebih cantik dan menarik??

·         Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. 

·         Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. 

·         Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. 

·         Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

·         Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. 

·         Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. 

·         Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". 

·         Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. 


Fungsi Hijab yang sebenar

Pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (brooch) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated,bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. 

*petikan dari sahabat 

Monday 31 October 2011

Keperibadian Rasulullah


Rasulullah berdoa dengan khusyuk…airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya, sangat elok dan sempurna wajahnya.

Rasulullah memiliki perasaan yang halus, mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari keseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.

Rasulullah makan apabila lapar …berhenti sebelum kenyang, tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain, memandang rendah pada orang lain dan sentiasa memakai serban diatas kopiahnya.

Rasulullah memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian dan kepulangan, sangat berlemah lembut dengan isteri dan keluarganya, sentiasa memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya, bersalaman dengan sahabat dan memeluk mereka ketika bertemu, apabila berjabat tangan …rasulullah tidak melepaskan tangannya, sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya.

Rasulullah mengangkat tangannya apabila melintasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua dan sangat mengasihi orang-orang muda dan kanak-kanak.

Rasulullah tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya didepan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya dan tidak pernah ketawa terbahak bahak tetapi selalu tersenyum lembut.

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran/kesusahan, amat kasih terhadap umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya, rezeki yang berlebihan akan di tabur  untuk jihad fisabilillah.

Rasulullah sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan orang miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti angina yang lalu, tidak suka tidur didalam bilik yang gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf, dan pengasih dalam perjuangannya.

7 Penyakit Hati


Bercerita tentang hati..hati ni adalah salah satu tempat dimana bersemayam segala perasan..hehe..betul x?Segala perasaan suka,duka,cinta,benci marah,buruk sangka,ingin dipuji dan byk lagi la..Perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat di dalam hati.

Jika hati dikuasai oleh perasaan positif,amal yg lahir adalah kebaikan.Namun,jika ia dikuasai oleh perasaan negatif,amal yang lahir adalah keburukan.Oleh itu,Rasulullah bersabda..Sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad.Jika ia baik,akan baik seluruh amal manusia.Jika ia rosak ,akan rosak,akan rosak seluruh amalnya.Ketatahui lah ia adalah hati.(hadis riwayat Ahmad)

7 Penyakit Hati :

1) Membanggakan Diri (al-'ujub)

2) Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghurur)

3) Sombong atau Bongkak (at-takabbur)

4) Suka Menunjuk-nunjuk (al-riya')

5) Buruk sangka (su'al-zhann)

6) Kikir atau Bakhil (al-syuhh)

7) Dendam (al-hiqd)

setiap penyakit ade ubatnya..dan 7 penyakit di atas ade ubatnya..apa yg penting azam dan semagat perlu ade untuk mengubati 7 penyakit di atas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...