SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Wednesday 2 November 2011

Juara Disisi Allah



JUARA dalam perlumbaan menuju Allah ialah mereka yang paling bersungguh-sungguh menuntut keampunan daripada Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang. Orang yang menuntut keampunan Allah ini akan melakukan tiga perkara..PERTAMA menyesal diatas dosa dan kesilapan yang lalu...KEDUA melakukan kebaikan dan tidak mengulangi kesilapan dan kejahatan yang datang dari lubuk hati, di dalam melakukan kebaikan, segala perkara yang sunat dan terpuji dilakukan...KETIGA tidak mengulangi kejahatan dengan menutup segala lubang-lubang dan punca yang boleh dimasuki oleh nafsu dan syaitan.....

Sebenarnya di zaman ini hampir-hampir tidak ada manusia yang menjadi juara di dalam perlumbaan menuju Allah.Tetapi banyak manusia yang mendapat kemenangan dan menjadi juara keduniaan. Ramai orang berlumba-lumba mendapatkan kekayaan. Ramai orang berlumba-lumba mendapatkan pangkat dan jawatan. Ramai orang berlumba lumba mendapatkan kemasyuran. Ramai orang berlumba-lumba mendapatkan pengikut. Ramai berlumba-lumba mendapatkan pujian dan sanjungan.Ramai orang juga yang berlumba-lumba mendapatkan wanita yang cantik dan sebagainya.Inilah hakikat yang dapat kita lihat sekarang ini...ramai yang berlumba-lumba untuk tujuan keduniaan tetapi sedikit sekali yang berlumba-lumba untuk merebut keampunan Tuhan.
Dehyah Al Kalbi bertanya kepada Rasulullah : "Hai Rasulullah adakah tuhanmu itu sanggup mengampunkan segala dosa-dosaku ini?" Rasulullah s.a.w bertanya kepada Dehyah, "Adakah dosa-dosamu itu sebanyak buih dilautan?" Jawab Dehyah, "Tidak sebanyak itu." Sabda Rasulllah s.a.w "jikalau dosamu sebanyak buih dilautan sekalipun, Tuhanku sanggup mengampunkannya."

Tidak ada hamba yang tidak bersalah. Tidak ada manusia yang tidak berdosa. Oleh itu rajin- rajinlah meminta keampunan kepada Allah dan memperbaiki diri dengan amalan-amalan soleh, serta jangan mengulangi kejahatan yang telah dilakukan. Salah dengan Allah mudah urusannya..berbanding salah dengan manusia.Dua tempat yang perlu kita minta ampun sekiranya kita bersalah terhadap manusia, PERTAMA meminta ampun dengan Allah. KEDUA minta maaf kepada manusia yang telah kita lakukan kesalahan...inilah sikap orang yang bertaubat...

Sayyidina Abu bakar pernah menjolok kerongkongnya, kerana makanan yang dimakannya itu mengandungi syubhat. Iaitu beliau tidak tahu dari mana datangnya makanan tersebut sama ada halal iaitu diusahakan dengan cara yang betul atau haram iaitu di curi. Orang yang hendak menuju kepada Allah mestilah sanggup menghadapi risiko besar didalam perlumbaannya menuju keampunan Allah. Memang hati menderita dan malu tetapi jikalau mahu keampunan dari tuhan inilah jalannya.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...