SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Friday 21 December 2012

Penyakit Hasad Dengki..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ingat nak tulis sesuatu kat sini..tapi ummu kena bagi laluan dulu pada si kecil ummu....kita sambung n jumpa lagi nanti yer.....



22 Disember 2012

Ermm kita sambung semula untuk pengisian rohani kita hari ini...semoga apa yang tertulis disini menjadi pendorong kepada kita In Shaa Allah... Semoga Allah jauhkan Diri kita semua daripada sifat yang menyakit kan ini....iaitu sifat Hasad Dengki..


1.     Sifat ini akan menyebabkan rosaknya ketaatan dan menghilangkan pahala yang telah kita perolehi…Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda : “Jauhilah olehmu sekelian daripada sifat pendengki..sesungguhnya dengan itu akan menghapuskan beberapa kebaikanmu seperti api memakan kayu...
2.    Sifat ini mendorong seseorang melakukan kejahatan dan kejahatan itu merupakan dosa..
3.    Orang yang berhasad dengki akan sentiasa menceritakan keburukan orang lain.Dia akan sentiasa menambah cerita bagi memburukkan dan mengaibkan orang lain..
4.    Selain itu orang yang berhasad dengki juga akan mengumpat sesuka hatinya..
5.    Mengumpat adalah bencana lidah yang sangat dilarang oleh agama..Allah menyifatkan orang yang mengumpat ini adalah orang yang memakan daging saudaranya sendiri.. Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati.Jika demikian, balasan orang yang mengumpat maka sudah pasti kamu jijik kepadanya..”
6.    Hasad dengki menjadikan manusia lemah dan bingung kerana sifat ini tidak memberikan sebarang manfaat bahkan menimbulkan dosa dan maksiat…


Monday 10 December 2012

Perangsang Diri..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ermmm.. Hidup dan Kehidupan..Manusia dan kemanusiaan..Terlalu banyak kemelut yang perlu diharungi..Dalam dunia serba kompleks..terlalu banyak hal yang harus di tangani dengan bijaksana.Malah perkara utama yang harus dimiliki oleh setiap individu adalah yakin diri-berani-kendiri. Kita mesti yakin pada diri,berani menghadapi apa sahaja yang diuji, dan berani menyemai sikap kendiri didalam diri lalu membentuk peribadi hari ini….

Tanpa kesusahan dan rintangan hidup..kita akan mudah lalai dan lupa akan tujuan sebenar kita diutuskan kedunia ini..supaya dengan gelisah dan bosannya kita terhadap kekeruhan hidup didunia,kita akan segera kembali ke pangkuanNya untuk mencari ketenangan dan jalan penyelesaian tehadap masalah hidup kita…

Monday 26 November 2012

Selamat Kembali ke sekolah



Mulakan dengan Bismillah....
langkah dimulakan dari kaki kanan .
Sematkan Keazaman..
"Akulah Pelajar Cemerlang"
"Akulah Pendidik terbilang"
Demi Masa Hadapan ISLAM

Sunday 25 November 2012

Jadikan Blog anda Medan Pengisian Rohani

Jom belajar wat blog......di SKSR
Bersama UmmuSyatirah


بسم الله الرحمن الرحيم
ِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pagi tadi gi sekolah….ajar wat blog…Alhamdulillah semua dah pandai wat blog masing masing…ummu doakan blog kawan-kawan semua akan lebih cantik lagi…wat blog ni…bukan skali wat boleh terus cantik…coz ia perlukan masa untuk cantik..penat nak mikirnya…betulkan kawan2 semua…sesiapa yang dah belajar tahulah penatnya camana labtop pun boleh biul kalau lama sangat ngadap dia….hehehe apa-apa pun Tahniah semua…Selamat menjadi ahli blogger….JADIKAN BLOG ANDA SEBAGAI MEDAN PENYAMPAI ILMU UNTUK SEMUA….banyak pahalanya tu…kita tak mampu nak jadi macam Uztazah Siti Nor Bahyah mahupun Fadzilah kamsah…so dengan blogger sahaja kita boleh menyampaikan…dakwah yang belum tentu kita sampaikan secara realitinya….

Salam Ukwah Fillah dari Ummu Syatirah untuk semua ….

Siakap Steam Ummu

Alhamdulillah siap juga Siakap steam Ummu pukul 2.30 ptg tadi…lambat sikit makan hari ni…ermm sedapnya…nak resepinya tak…ok ummu kongsikan disini :

  1. Seeokor Siakap…..disiang n steamkan dahulu dengan hirisan limau nipis…
  2. Rebus hirisan halia,bawang,bawang putih,serai dan lada…kemdian campurkan sos tiram.akhir sekali perahkan limau nipis…jangan lupa letakkan garam…ummu nak bagi sedap sikit ummu letak kiub pati ikan bilis sikit…ermmm Ikan yang di steam kan dahulu tadi dibuangkan airnya dahulu…
  3. Kemudian masukkan kuah yang kita wat di no (2) tadi
  4.  Kemudian steamkan lagi ikannya…
SELAMAT MENCUBA…….

Saturday 17 November 2012

Erti sebuah Senyuman


Senyuman...akan membuatkan semua hati akan menjadi senang bila memandangmu...Berilah senyuman...tak rugi kita memberikan senyuman..Senyuman itukan sedekah...k..

Anugerah Cemerlang 2012


        Nilah Barisan Guru yang setia menanti majlis Anugerah Cemerlang Selesai...hehehe. Puan Salmah n Puan Muliati antara guru yang bersuara emas...yang menjadi penyeri majlis pada hari ini...ermmm aku pulak sibuk ngan multimedia bidang yang tak layak untuk aku sepatutnya...tapi kerana minat Alhamdulillah sudah 3 tahun aku pegang bidang ni di hari Anugerah...Memang penat...Sebelum majlis sehingga selesai majlis..Adik comel yang kat bekang tu juga meguruskan multimedia...setia menanti sampai selesai majlis...

Thursday 8 November 2012

Bicara Hari ini...

Inilah menu kami hari ni

Ermmm hari ni kami satu keluarga akhirnya dapat juga pergi pasar Jumaaat...hehehe dah bertahun rasanya tak pergi...yang paling best Hannan dok diam jer dalam scrollernya..sambil memerhati ...ermm pelik kot..kakak pulak ok jer...Alhamdulillah hari ni kami berjalan dengan penuh tenang..ummi dapat membeli barang untuk masak....ermm sedihnya kami tak dapat beli kulit lembu...cadangnya nak wat sup..mungkin kami lewat sampai pasar kot hari ni...sebab tu dah habis...so tukar plan kami nak masak ketam masak lemak...wah sedapnya....ok bye nak makan nih.....sedapnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...