SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Friday 21 December 2012

Penyakit Hasad Dengki..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ingat nak tulis sesuatu kat sini..tapi ummu kena bagi laluan dulu pada si kecil ummu....kita sambung n jumpa lagi nanti yer.....



22 Disember 2012

Ermm kita sambung semula untuk pengisian rohani kita hari ini...semoga apa yang tertulis disini menjadi pendorong kepada kita In Shaa Allah... Semoga Allah jauhkan Diri kita semua daripada sifat yang menyakit kan ini....iaitu sifat Hasad Dengki..


1.     Sifat ini akan menyebabkan rosaknya ketaatan dan menghilangkan pahala yang telah kita perolehi…Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda : “Jauhilah olehmu sekelian daripada sifat pendengki..sesungguhnya dengan itu akan menghapuskan beberapa kebaikanmu seperti api memakan kayu...
2.    Sifat ini mendorong seseorang melakukan kejahatan dan kejahatan itu merupakan dosa..
3.    Orang yang berhasad dengki akan sentiasa menceritakan keburukan orang lain.Dia akan sentiasa menambah cerita bagi memburukkan dan mengaibkan orang lain..
4.    Selain itu orang yang berhasad dengki juga akan mengumpat sesuka hatinya..
5.    Mengumpat adalah bencana lidah yang sangat dilarang oleh agama..Allah menyifatkan orang yang mengumpat ini adalah orang yang memakan daging saudaranya sendiri.. Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati.Jika demikian, balasan orang yang mengumpat maka sudah pasti kamu jijik kepadanya..”
6.    Hasad dengki menjadikan manusia lemah dan bingung kerana sifat ini tidak memberikan sebarang manfaat bahkan menimbulkan dosa dan maksiat…


Monday 10 December 2012

Perangsang Diri..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ermmm.. Hidup dan Kehidupan..Manusia dan kemanusiaan..Terlalu banyak kemelut yang perlu diharungi..Dalam dunia serba kompleks..terlalu banyak hal yang harus di tangani dengan bijaksana.Malah perkara utama yang harus dimiliki oleh setiap individu adalah yakin diri-berani-kendiri. Kita mesti yakin pada diri,berani menghadapi apa sahaja yang diuji, dan berani menyemai sikap kendiri didalam diri lalu membentuk peribadi hari ini….

Tanpa kesusahan dan rintangan hidup..kita akan mudah lalai dan lupa akan tujuan sebenar kita diutuskan kedunia ini..supaya dengan gelisah dan bosannya kita terhadap kekeruhan hidup didunia,kita akan segera kembali ke pangkuanNya untuk mencari ketenangan dan jalan penyelesaian tehadap masalah hidup kita…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...