SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Friday 21 December 2012

Penyakit Hasad Dengki..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ingat nak tulis sesuatu kat sini..tapi ummu kena bagi laluan dulu pada si kecil ummu....kita sambung n jumpa lagi nanti yer.....



22 Disember 2012

Ermm kita sambung semula untuk pengisian rohani kita hari ini...semoga apa yang tertulis disini menjadi pendorong kepada kita In Shaa Allah... Semoga Allah jauhkan Diri kita semua daripada sifat yang menyakit kan ini....iaitu sifat Hasad Dengki..


1.     Sifat ini akan menyebabkan rosaknya ketaatan dan menghilangkan pahala yang telah kita perolehi…Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda : “Jauhilah olehmu sekelian daripada sifat pendengki..sesungguhnya dengan itu akan menghapuskan beberapa kebaikanmu seperti api memakan kayu...
2.    Sifat ini mendorong seseorang melakukan kejahatan dan kejahatan itu merupakan dosa..
3.    Orang yang berhasad dengki akan sentiasa menceritakan keburukan orang lain.Dia akan sentiasa menambah cerita bagi memburukkan dan mengaibkan orang lain..
4.    Selain itu orang yang berhasad dengki juga akan mengumpat sesuka hatinya..
5.    Mengumpat adalah bencana lidah yang sangat dilarang oleh agama..Allah menyifatkan orang yang mengumpat ini adalah orang yang memakan daging saudaranya sendiri.. Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati.Jika demikian, balasan orang yang mengumpat maka sudah pasti kamu jijik kepadanya..”
6.    Hasad dengki menjadikan manusia lemah dan bingung kerana sifat ini tidak memberikan sebarang manfaat bahkan menimbulkan dosa dan maksiat…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...