SEMOGA PERJALANAN HIDUP KITA SENTIASA DALAM BIMBINGAN DAN REDHANYA SERTA DALAM PENGAMPUNANNYA. AMIIIIN……

Monday, 26 August 2013

Eidulfitri 1434





Eidulfitri 1434....bersama bonda tercinta....Seronok sangat tahun ni paling lama beraya di perak....sehingga 6 syawal....hehehe..best..

Friday, 15 February 2013

DOA UNTUK IBU


Aku tak tahu apa yang harus kuLakukan tanpa dirimu
Dia yang seLaLu mengerti aku
Dia yang tak pernah Letih menasihatiku
Dia yang seLaLu menemaniku

DiaLah Ibu
Orang yang seLaLu menjagaku
Tanpa dia aku merasa hampa hidup di dunia ini
Tanpa.nya aku bukanlah apa-apa

Aku hanya seorang manusia Lemah
Yang menginginkan kekuatan
Kekuatan cinta kasih dari ibu
Kekuatan yang Lebih dari apapun

Engkau sangat bererti bagiku
WaLaupun engkau seLaLu memarahiku
Aku tahu.......
Itu bentuk perhatian dari mu
Itu menandakan kau peduLi denganku

Ya Allah.......
BerikanLah kesihatan pada ibuku
PanjangkanLah umur.nya
Aku ingin membahagiakan.nya
SebeLum aku atau dia tiada

Terimakasih Ibu
Atas apa yang teLah kau berikan padaku
Aku akan seLaLu menyanyangimu
Hingga akhir hayat ku...

Friday, 21 December 2012

Penyakit Hasad Dengki..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ingat nak tulis sesuatu kat sini..tapi ummu kena bagi laluan dulu pada si kecil ummu....kita sambung n jumpa lagi nanti yer.....



22 Disember 2012

Ermm kita sambung semula untuk pengisian rohani kita hari ini...semoga apa yang tertulis disini menjadi pendorong kepada kita In Shaa Allah... Semoga Allah jauhkan Diri kita semua daripada sifat yang menyakit kan ini....iaitu sifat Hasad Dengki..


1.     Sifat ini akan menyebabkan rosaknya ketaatan dan menghilangkan pahala yang telah kita perolehi…Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda : “Jauhilah olehmu sekelian daripada sifat pendengki..sesungguhnya dengan itu akan menghapuskan beberapa kebaikanmu seperti api memakan kayu...
2.    Sifat ini mendorong seseorang melakukan kejahatan dan kejahatan itu merupakan dosa..
3.    Orang yang berhasad dengki akan sentiasa menceritakan keburukan orang lain.Dia akan sentiasa menambah cerita bagi memburukkan dan mengaibkan orang lain..
4.    Selain itu orang yang berhasad dengki juga akan mengumpat sesuka hatinya..
5.    Mengumpat adalah bencana lidah yang sangat dilarang oleh agama..Allah menyifatkan orang yang mengumpat ini adalah orang yang memakan daging saudaranya sendiri.. Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati.Jika demikian, balasan orang yang mengumpat maka sudah pasti kamu jijik kepadanya..”
6.    Hasad dengki menjadikan manusia lemah dan bingung kerana sifat ini tidak memberikan sebarang manfaat bahkan menimbulkan dosa dan maksiat…


Monday, 10 December 2012

Perangsang Diri..




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ermmm.. Hidup dan Kehidupan..Manusia dan kemanusiaan..Terlalu banyak kemelut yang perlu diharungi..Dalam dunia serba kompleks..terlalu banyak hal yang harus di tangani dengan bijaksana.Malah perkara utama yang harus dimiliki oleh setiap individu adalah yakin diri-berani-kendiri. Kita mesti yakin pada diri,berani menghadapi apa sahaja yang diuji, dan berani menyemai sikap kendiri didalam diri lalu membentuk peribadi hari ini….

Tanpa kesusahan dan rintangan hidup..kita akan mudah lalai dan lupa akan tujuan sebenar kita diutuskan kedunia ini..supaya dengan gelisah dan bosannya kita terhadap kekeruhan hidup didunia,kita akan segera kembali ke pangkuanNya untuk mencari ketenangan dan jalan penyelesaian tehadap masalah hidup kita…

Monday, 26 November 2012

Selamat Kembali ke sekolah



Mulakan dengan Bismillah....
langkah dimulakan dari kaki kanan .
Sematkan Keazaman..
"Akulah Pelajar Cemerlang"
"Akulah Pendidik terbilang"
Demi Masa Hadapan ISLAM

Sunday, 25 November 2012

Jadikan Blog anda Medan Pengisian Rohani

Jom belajar wat blog......di SKSR
Bersama UmmuSyatirah


بسم الله الرحمن الرحيم
ِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pagi tadi gi sekolah….ajar wat blog…Alhamdulillah semua dah pandai wat blog masing masing…ummu doakan blog kawan-kawan semua akan lebih cantik lagi…wat blog ni…bukan skali wat boleh terus cantik…coz ia perlukan masa untuk cantik..penat nak mikirnya…betulkan kawan2 semua…sesiapa yang dah belajar tahulah penatnya camana labtop pun boleh biul kalau lama sangat ngadap dia….hehehe apa-apa pun Tahniah semua…Selamat menjadi ahli blogger….JADIKAN BLOG ANDA SEBAGAI MEDAN PENYAMPAI ILMU UNTUK SEMUA….banyak pahalanya tu…kita tak mampu nak jadi macam Uztazah Siti Nor Bahyah mahupun Fadzilah kamsah…so dengan blogger sahaja kita boleh menyampaikan…dakwah yang belum tentu kita sampaikan secara realitinya….

Salam Ukwah Fillah dari Ummu Syatirah untuk semua ….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...